Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jerutan pada leher punca kematian Pegawai Tribunal Kastam
  • JENAYAH

Jerutan pada leher punca kematian Pegawai Tribunal Kastam

Utusan Sarawak 2 months ago
KETUA Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa

PUTRAJAYA: Proses bedah siasat selama hampir tiga jam ke atas mayat Pegawai Tribunal Kastam mendapati tekanan pada leher akibat jerutan menggunakan ligatur menjadi punca kematian, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Rusdi ketika dihubungi media hari ini berkata berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya di sini, kes masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Bedah siasat telah dijalankan oleh pakar patologi dari Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor. Punca kematian adalah disebabkan tekanan pada leher akibat jerutan menggunakan ligatur.

“Berdasarkan laporan bedah siasat dan keterangan pakar patologi, siasatan masih di bawah SDR,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di jabatan berkenaan mendapati waris keluarga mangsa hadir untuk menuntut mayat, namun mengelak daripada didekati dan enggan ditemu bual petugas media.

Media semalam melaporkan seorang pegawai kastam berusia 45 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terikat menggunakan pengikat kabel.

Rusdi turut dilaporkan berkata pegawai kastam itu ditemukan maut di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di sini dan hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dijumpai.

Pada kira-kira 4.45 petang, mayat Pegawai Tribunal Kastam itu dituntut ahli keluarga untuk dibawa ke Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi, Kuala Lumpur bagi urusan pengebumian.

Kenderaan yang membawa mayat berkenaan meninggalkan Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya dengan diiringi dua ahli keluarga mangsa yang hadir sejak tengah hari tadi.

Usaha petugas media untuk mendapatkan reaksi ahli keluarga gagal kerana kedua-duanya masih enggan memberikan sebarang komen. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Berputih mata RM140,880 ditipu tawaran TikTok
Next: Rugi lebih RM1 juta ditipu ‘pegawai Bank Negara’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.