Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Berputih mata RM140,880 ditipu tawaran TikTok
  • JENAYAH

Berputih mata RM140,880 ditipu tawaran TikTok

Utusan Sarawak 2 months ago
WASPADA… Usah terpedaya dengan tawaran pekerjaan sambilan dalam talian.

SIBU: Seorang pembantu kedai mengalami kerugian RM140,880 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan sambilan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pada 22 Disember tahun lepas, lelaki berumur dalam lingkungan 50-an itu telah melayari laman sosial Facebook dan berhubung dengan seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Wang Yee Yao melalui ruang sembang Messenger. 

Katanya, suspek menawarkan pekerjaan sambilan kepada mangsa yang menjanjikan komisen sebanyak 30 peratus dengan hanya menjual barangan berupa beg tangan, pakaian dan kasut melalui platform media sosial TikTok. 

“Mangsa tertarik dan menekan pautan bagi memulakan penugasan dan diarahkan untuk membuat bayaran terlebih dahulu ke dalam akaun bank yang akan diberikan oleh suspek,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Menurutnya, dari 22 Disember 2024 hingga 24 Februari lepas, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak 23 kali transaksi secara kesuluruhan berjumlah RM140,880 ke dalam 17 akaun tempatan yang berlainan.

“Pada 25 Februari lepas, mangsa telah berhubung semula dengan suspek untuk meminta semula kesemua wang berserta komisen yang dijanjikan.

“Namun, suspek memaklumkan bahawa akaun mangsa masih dibekukan dan diminta untuk membuat pembayaran lagi sebanyak RM3,000 bagi tujuan menebus wang tersebut. 

“Mangsa berasa curiga dan menyedari telah diperdaya oleh suspek dan membuat laporan bagi siasatan lanjut pihak polis.

Pihak polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

OLEH AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Proses bedah siasat Pegawai Tribunal Kastam belum selesai
Next: Jerutan pada leher punca kematian Pegawai Tribunal Kastam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.