Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kes rasuah: Usah buat andaian
  • NASIONAL

Kes rasuah: Usah buat andaian

Utusan Sarawak 2 months ago
BERINTERAKSI… Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan timbalannya, Datuk Seri Fadillah Yusof semasa majlis Berbuka Puasa di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen hari ini. -FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mudah membuat andaian terhadap siasatan yang dihadapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara berkenaan perlu diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan sehingga ia selesai.

“Prinsipnya siasat tanpa kira (mana-mana individu terkait)…Saya tidak halang tindakan dan keduanya jangan menghukum sebelum selesai proses yang telus dan adil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Banguan Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjelaskan, Ismail Sabri merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram selepas penemuan wang tunai sekitar RM170 juta di dalam sebuah safehouse susulan serbuan dilakukan pihaknya.

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui pentadbiran negara.

Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif.

SPRM sebelum ini telah menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta 16 kilogram (kg) jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 1,000 warga Parlimen di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen.

Hadir sama pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri itu adalah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar yang tiba pada 7.15 malam tadi disambut oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Turut hadir, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri beberapa Ahli Parlimen daripada kerajaan serta blok pembangkang, ahli-ahli Dewan Negara, dif-dif kehormat serta kakitangan Parlimen.

Sebelum meninggalkan majlis berkenaan pada 8.30 malam, Anwar turut menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Husni.

– BERNAMA

BERAMAH MESRA... Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalam dengan para jemaah selepas selesai menunaikan solat tarawih di Masjid Bukit Aman,
hari ini. -FOTO BERNAMA
Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Harith Iskander, Cecelia Yap Song dikompaun RM10,000 kerana hina Islam
Next: Kematian pegawai kastam disiasat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.