Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tiada pili bomba jejas operasi padam kebakaran
  • KEBAKARAN

Tiada pili bomba jejas operasi padam kebakaran

Utusan Sarawak 2 months ago
RANAP… Sebuah rumah musnah 100 peratus akibat terlibat kebakaran di Lorong Oya Lama 22, petang tadi. Foto JBPM Zon Sibu

SIBU: Ketiadaan pili bomba menyukarkan pasukan bomba dan penyelamat melakukan operasi pemadaman kebakaran di sebuah rumah di Lorong Oya Lama 22, petang tadi.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie, keadaan jalan yang sangat sempit dan berbatu menyebabkan jentera FRT bomba gagal tiba ke lokasi kejadian, yang berjarak sekitar 2 kilometer.

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.59 petang berhubung kejadian itu.

“Kebakaran telah memusnahkan 100 peratus rumah jenis kekal. Keadaan jalan yang sangat sempit dan berbatu menyebabkan jentera FRT bomba tidak dapat masuk, dengan jarak jentera dari rumah yang terbakar sekitar 2 kilometer,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Andy memberitahu, pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran tersebut kerana ketiadaan pili bomba.

“Komander Operasi mengarahkan pasukan pemadam bertindak menggunakan sumber air terbuka yang cetek dan diangkut menggunakan tong besi bagi mengawal dan memadam api dari merebak ke kawasan lain.

“Api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya pada 6.05 petang manakala kebakaran tidak melibatkan kecederaan serta kematian,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tiga rumah musnah terbakar di Jalan Kampung Tabuan Melayu
Next: Rumah di Kampung Sibuluh terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.