Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan MRP sokong aktiviti pendidikan 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Peruntukan MRP sokong aktiviti pendidikan 2025

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH….Chiew Hua Kin menyerahkan surat permohonan kepada Datuk Ding Koung Hiing.

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah mengumumkan peruntukan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Daerah Meradong bagi menyokong aktiviti pendidikan sepanjang 2025.

Koung Hiing membuat pengumuman tersebut semasa menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Daerah Meradong yang diketuai pengerusinya, Chiew Hua Kin bersama beberapa guru besar sekolah rendah, semalam.

Katanya, jalinan kerjasama yang erat antara persatuan dan pemimpin setempat amat penting bagi memastikan program pendidikan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada masyarakat.

“Saya amat menghargai usaha persatuan ini dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Meradong dan saya berbesar hati untuk terus menyokong aktiviti yang dianjurkan,” katanya.

Selain itu, Koung Hiing turut meluangkan masa meneliti beberapa surat permohonan daripada persatuan berkenaan yang mengandungi cadangan program dan aktiviti pendidikan bagi tahun ini.

Beliau memberi jaminan bahawa sokongan penuh akan diberikan untuk memastikan aktiviti yang akan dilaksanakan itu dapat dijayakan dengan baik.

Katanya, dengan adanya aktiviti tersebut, ia adalah peluang terbaik untuk para guru berkumpul dan bertukar pandangan demi kemajuan pendidikan di Daerah Meradong.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor laksana MBK sempena musim perayaan
Next: Hubungan erat pastikan keharmonian, pembangunan rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.