Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji atau minimum RM1,000
  • NASIONAL

Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji atau minimum RM1,000

Utusan Sarawak 2 months ago

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri sempena Aidilfitri ini.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran akan dibuat bermula 19 Mac ini melibatkan 7,066 penerima.

Menurut kenyataan itu BKK tersebut dianggarkan membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.81 juta kepada kerajaan negeri.

“Ia sebagai penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan Visi Penang 2030, iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, BKK berjumlah RM300 juga bakal diberikan kepada penyelia, guru serta petugas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, sekolah rendah agama rakyat, sekolah menengah agama rakyat, sekolah agama bantuan kerajaan, tahfiz, pondok, tadika Islam dan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang.

Menurut kenyataan itu lagi pemberian tersebut turut dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri tertakluk pada kemampuan kewangan masing-masing. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Baju raya cecah ratusan ringgit: Berbaloi atau hanya mangsa pemasaran?
Next: RM12.7 bilion wang tak dituntut direkodkan – MoF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.