Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS$30 juta wang tunai hilang diserah kepada polis di Tokyo
  • GLOBAL

AS$30 juta wang tunai hilang diserah kepada polis di Tokyo

Utusan Sarawak 2 months ago
Gambar hiasan

TOKYO: Polis Tokyo merekodkan penyerahan wang tunai yang hilang berjumlah 4.49 bilion yen (US$30 juta) sepanjang 2024, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya didorong oleh lonjakan kemasukan pelancong asing dan peningkatan aktiviti orang ramai selepas sekatan COVID-19 ditarik balik.

Jabatan Polis Metropolitan Tokyo mendedahkan jumlah wang tunai tertinggi yang diserahkan dalam satu kejadian bernilai 11.6 juta yen, lapor Agensi Berita Kyodo.

Daripada jumlah keseluruhan, kira-kira 3.2 bilion yen dikembalikan kepada pemilik asal, manakala sekitar 570 juta yen diserahkan semula kepada individu yang menjumpai wang berkenaan.

Sementara itu, kira-kira 660 juta yen menjadi pendapatan kepada kerajaan metropolitan, menurut jabatan itu.

Selain itu, sebanyak 4.4 juta barangan hilang diserahkan kepada polis, meningkat 7.8 peratus berbanding tahun sebelumnya dan turut mencatatkan rekod tertinggi.

Antara barangan itu termasuk lesen memandu serta dokumen pengenalan diri, selain peningkatan ketara membabitkan peranti elektronik termasuk fon telinga dan rokok elektronik, menurut polis. — BERNAMA-KYODO

Continue Reading

Previous: 15 maut, 25 cedera diserang kumpulan militan di Pakistan
Next: Rumah Putih bantah pembinaan semula Gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.