Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kukuhkan daya saing dalam industri semikonduktor global
  • SEMASA

Kukuhkan daya saing dalam industri semikonduktor global

Utusan Sarawak 2 months ago
SHARIMAN Jamil bergambar bersama yang lain pada pelancaran Sarawak Semiconductor Roadmap 2030 di Mobile World Congress (MWC) 2025.

BARCELONA: Pelancaran Sarawak Semiconductor Roadmap 2030 menegaskan komitmen Sarawak dalam mengukuhkan daya saingnya dalam industri semikonduktor global serta mempercepatkan transformasi teknologi di rantau ini, dengan penekanan kepada inovasi dan kerjasama strategik.

SMD Semiconductor Sdn. Bhd., secara rasmi melancarkan Sarawak Semiconductor Roadmap 2030 – Beyond Moore’s Law di Mobile World Congress (MWC) 2025, yang berlangsung dari 3 hingga 6 Mac di Fira de Barcelona Gran Via.

Pelan strategik itu bertujuan memacu kemajuan teknologi, meningkatkan daya tahan rantaian bekalan, serta mengangkat sektor semikonduktor Sarawak ke peringkat antarabangsa.

Pelan tersebut juga menyediakan rangka kerja komprehensif bagi merangsang inovasi, memperkukuh keupayaan pembuatan domestik dan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri semikonduktor pada masa hadapan.

SMD Semiconductor turut berpameran di Pavilion Sarawak bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) serta Sarawak Multimedia Authority (SMA), memperlihatkan komitmennya dalam mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai pusat teknologi semikonduktor yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Sepanjang acara tersebut, syarikat itu berinteraksi dengan pemimpin industri global, rakan strategik, dan pemegang taruh utama dalam usaha memperluaskan kerjasama dan pertukaran kepakaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor, Shariman Jamil, kehadiran syarikat itu di MWC 2025 menjadi peluang penting untuk berhubung dengan perintis industri, bertukar pandangan, serta meneroka kerjasama baharu yang akan membentuk masa depan teknologi semikonduktor.

“Acara ini membolehkan kami mempamerkan kepakaran serta menegaskan komitmen kami dalam membangunkan penyelesaian semikonduktor yang memenuhi permintaan industri yang berkembang pesat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain pelancaran peta jalan, SMD Semiconductor turut memperkenalkan Ultra Edge®️ Power Converter, prototaip teknologi semikonduktor berkeupayaan AI yang dibangunkan untuk menangani cabaran tenaga dalam pusat data serta pengurusan grid tenaga.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
Next: Kru MASwings diserap ke AirBorneo 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.