Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Jarak kekangan bomba selamatkan kabel hampir musnah terbakar pada menara telekomunikasi
  • KEBAKARAN

Jarak kekangan bomba selamatkan kabel hampir musnah terbakar pada menara telekomunikasi

Utusan Sarawak 2 months ago

NIAH: Menara telekomunikasi di Kampung Iran, Suai, Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku lewat malam tadi.

Kejadian kebakaran itu telah menyebabkan 50 peratus kerosakan melibatkan kabel dan peralatan elektrik yang terdapat pada menara tersebut.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, 11.09 malam, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah bergegas ke lokasi yang terletak pada jarak 22 kilometer dari balai.

Katanya, setibanya di tempat kejadian 11.32 malam, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kebakaran melibatkan sebuah menara telekomunikasi telah merosakkan 50 peratus kabel, dan peralatan elektrik yang terdapat pada menara tersebut.

“Jarak menara dari jalan utama sejauh 200 meter, dan semasa bomba sampai, hanya tinggal beberapa tompok api kecil di menara itu,” katanya dalam satu kenyataan, awal pagi tadi.

Berikutan itu, katanya, PKO terus bertindak memadam sisa kebakaran menggunakan dua unit alat pemadam api jenis debu kering dari jentera.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Oleh Adum Liu

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kediaman lima sekeluarga musnah terbakar
Next: Tiga rumah musnah terbakar di Jalan Kampung Tabuan Melayu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.