Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak mulai April
  • GLOBAL

OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak mulai April

Utusan Sarawak 2 months ago

VIENNA: Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai OPEC+ mengumumkan semalam bahawa mereka akan meneruskan rancangan peningkatan pengeluaran minyak bermula 1 April, lapor Xinhua. 

Menurut kenyataan OPEC, lapan negara anggota OPEC+ iaitu Arab Saudi, Rusia, Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Kazakhstan, Algeria dan Oman bersetuju untuk “melaksanakan secara beransur-ansur dan fleksibel pelarasan sukarela sebanyak 2.2 juta tong sehari (bpd)” mulai April.

Keputusan itu dibuat berdasarkan asas pasaran yang kukuh serta prospek pasaran yang positif. 

Persetujuan itu dicapai susulan mesyuarat secara maya yang diadakan pada hari sama.

Meskipun peningkatan pengeluaran telah dirancang, negara anggota memaklumkan bahawa mereka kekal fleksibel dengan keadaan pasaran dan bersedia untuk menghentikan atau membatalkan kenaikan pengeluaran jika perlu. 

Pengurangan pengeluaran sebanyak 2.2 juta bpd itu pertama kali diumumkan pada November 2023 bagi suku pertama (Q1) 2024. Langkah itu telah dilanjutkan beberapa kali, dengan lanjutan terkini menetapkannya sehingga Q1 2025. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Paus Francis alami krisis pernafasan – Vatican
Next: AS gantung bantuan ketenteraan kepada Ukraine

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.