Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita dilaporkan hilang ditemui selamat
  • KEMALANGAN

Wanita dilaporkan hilang ditemui selamat

Utusan Sarawak 2 months ago
WANITA yang dikhuatiri hilang dijumpai dalam hutan.

PADAWAN: Seorang wanita berusia 57 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Simpok, Padawan, berjaya ditemui dalam keadaan selamat malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada 7.50 malam.

Susulan laporan tersebut, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpok segera digerakkan ke lokasi dengan kekuatan tujuh anggota serta dua jentera.

TINDAKAN lanjut pihak polis mendapatkan maklumat berkaitan mangsa.

Komander Operasi, PBK I Shaiful Ismail Othman, memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat awal, mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung di kawasan kebun yang terletak kira-kira dua kilometer dari jalan raya.

“Setelah menerima maklumat bahawa mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung, pasukan bomba segera bergerak ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menilai keadaan mangsa.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian berjaya menemui mangsa dalam keadaan selamat sebelum membawanya keluar dari kawasan hutan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini.

Selain JBPM Sarawak, operasi tersebut turut melibatkan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tapah dan PBS Simpok.

Kecekapan pasukan penyelamat serta bantuan penduduk kampung memastikan operasi itu berjalan lancar dan selesai dalam tempoh yang singkat.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki ditemui mati dalam kereta
Next: Warga emas maut dirempuh kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.