Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki ditemui mati dalam kereta
  • KEMALANGAN

Lelaki ditemui mati dalam kereta

Utusan Sarawak 2 months ago
ACP Mohd Farhan Lee Abdullah. Foto IPD Kuching

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menerima satu laporan daripada orang awam berkaitan seorang individu lelaki tempatan berusia lingkungan 58 tahun telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai membunuh diri di tempat letak kereta hadapan rumah dua tingkat di Taman Hui Sing, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam satu kenyataan, berkata pada 7.47 pagi IPD Kuching menerima laporan daripada orang awam memaklumkan penemuan itu.

“Setibanya anggota polis di lokasi kejadian, mendapati si mati berada di dalam kenderaan dalam keadaan ekzos telah disambungkan ke bahagian dalam kenderaan yang tertutup rapat.

“Dan terdapat arang yang telah dibakar diletakkan atas kuali turut dijumpai di bahagian bonet belakang kenderaan tersebut.

Pihak ambulan dari Hospital Umum Sarawak telah mengesahkan bahawa simati telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

Mohd Farhan berkata pihak polis menggesa agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga si mati.

“Masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, boleh berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Sekama ASP Simon Renang di talian 016-8547803 dan Balai Polis Sekama di talian 082-332522 atau tampil di balai polis berhampiran,” ujarnya.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu tersepit, cedera setelah lori dipandu terlibat dalam kemalangan
Next: Wanita dilaporkan hilang ditemui selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.