Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga rumah panjang terima peruntukan khas
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiga rumah panjang terima peruntukan khas

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH… Senator Rita Sarimah Patrick Insol bergambar bersama penghuni rumah panjang selepas mengadakan tinjauan banjir di Sungai Pelugau, Selangau. Foto UKAS

SELANGAU: Ahli Dewan Negara, Senator Rita Sarimah Patrick Insol, mengumumkan peruntukan khas kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi tiga rumah panjang sebagai usaha membantu pemulihan kawasan yang terkesan banjir.

Tiga rumah panjang yang menerima peruntukan tersebut ialah Rumah Panjang Ngian (RM20,000),
Rumah Panjang Lapok (RM10,000) dan Rumah Panjang Gamang (RM20,000).

Peruntukan tersebut disampaikan oleh beliau ketika meninjau kesan bencana banjir yang melanda di Sungai Pelugau, Selangau pada awal Februari lalu.

Lawatan tersebut mencerminkan keprihatinan beliau terhadap penduduk yang terjejas, khususnya dalam menilai kerosakan infrastruktur seperti jalan raya yang dipenuhi mendapan pasir, jeti Rumah Panjang yang dihanyutkan air serta kejadian tanah runtuh yang berlaku di hadapan rumah panjang.

Penduduk setempat menyambut baik lawatan dan bantuan yang diberikan, dengan harapan lebih banyak langkah pemulihan dapat dilaksanakan bagi memastikan kehidupan mereka kembali pulih seperti sediakala.- UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pastikan keselamatan makanan, kesihatan pelanggan terjamin
Next: 290 penduduk terima bantuan tangki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.