Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Murid SK Ulu Kabo tumpang SK Lempa buat sementara waktu bermula esok
  • Selatan
  • WILAYAH

Murid SK Ulu Kabo tumpang SK Lempa buat sementara waktu bermula esok

Utusan Sarawak 2 months ago
IMBAS KEMBALI… Friday dalam satu tinjauan di lokasi kejadian jambatan runtuh di SK Ulu Kabo, baru-baru ini. FotoADUN Krian

KRIAN: Murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Kabo akan ditumpangkan sementara di SK Lempa bermula esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, berkata ia disebabkan jambatan yang menghubungkan SK Ulu Kabo telah musnah dalam kejadian banjir, baru-baru ini.

“Banjir besar yang ‘menenggelamkan’ SK Ulu Kabo, pada Januari lalu telah mengakibatkan jambatan utama menuju ke sekolah terbabit musnah dan sehingga kini tidak dapat dilalui.

“Justeru, pihak kita telah sebulat suara dan bersetuju untuk semua warga SK Ulu Kabo ditumpangkan sementara di SK Lempa bermula esok,” katanya.

Dalam pada itu, Friday telah hadir ke sesi libat urus mengenai jambatan di SK Ulu Kabo yang telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok di sini, semalam.

Perbincangan banyak berkisar kepada perkembangan terkini proses permohonan membuat jambatan yang baharu dan sesi pembelajaran pelajar SK Ulu Kabo.

Sementara itu, Friday, berkata kerusi dan meja untuk kegunaan murid sekolah SK Ulu Kabo telah disediakan.

“Namun kini, pihak kita masih menunggu keputusan daripada ibu bapa pelajar yang terlibat,” katanya.

Baru-baru ini, Friday turut melakukan tinjauan di lokasi kejadian jambatan runtuh di SK Ulu Kabo, bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Saratok.

Tinjauan tersebut katanya adalah untuk menilai kos dan spesifikasi yang sesuai untuk membina jambatan sementara bagi menghubungkan sekolah terbabit dengan jalan masuk utama.

Sekiranya penilaian telah dibuat, pihak ATM dijangka dapat menyiapkan jambatan sementara berkenaan dalam tempoh sebulan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hujan tidak halang pengunjung ‘banjiri’ Bazar Ramadan Sibu
Next: Sukan traditional ‘melastik’ dapat sambutan memberangsangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.