Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Atletico terus gah tanpa kalah
  • SUKAN

Atletico terus gah tanpa kalah

Utusan Sarawak 5 years ago

Atletico Madrid's Spanish forward Alvaro Morata (L) challenges Real Mallorca's Serbian defender Aleksandar Sedlar during the Spanish League football match between Atletico Madrid and Mallorca at the Wanda Metropolitan stadium in Madrid on July 3, 2020. (Photo by PIERRE-PHILIPPE MARCOU / AFP)

PENYERANG Atletico Madrid dari Sepanyol, Alvaro Morata (kiri) melakukan sepakan yang dihalang oleh pertahanan Mallorca dari Serbia, Aleksandar Sedlar ketika perlawanan Atletico Madrid menentang Mallorca di Stadium Wanda Metropolitan, Madrid. • FOTO AFP

ALVARO Morata menjaringkan dua gol untuk membantu Atletico Madrid mencatat kemenangan 3-0 ke atas pasukan sedang bergelut, Mallorca hari ini sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah di La Liga sepanjang 12 perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Atletico kekal di tangga ketiga dengan 62 mata untuk berada di landasan tepat kembali ke Liga Juara-Juara musim depan.

Morata menjaringkan gol pertama minit ke-25 menerusi sepakan penalti.

Dalam aksi itu, Morata dikasari oleh Aleksandar Sedlar namun tendangannya kemudian diselamatkan oleh penjaga gol Mallorca, Manolo Reina.

Bagaimanapun, tindakan barisan pemain Mallorca yang meluru lebih awal ke kawasan kotak penalti menyaksikan Morata diberikan peluang kedua dan dia tidak mensia-siakan lagi peluang itu.

Morata menjaringkan gol kedua sebelum berakhir separuh masa pertama.

Dia menerima hantaran cantik daripada Marcos Llorente sebelum merembat masuk ke gawang lawan.

Koke mengesahkan kemenangan Atletico dengan gol ketiga minit ke-76. -AFP

Continue Reading

Previous: KAM teruja anjur Kejohanan Kabaddi Piala Dunia
Next: Chong Wei idam kerjasama dengan Lin Dan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.