Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki, seorang warga asing ditahan edar dadah
  • JENAYAH

Dua lelaki, seorang warga asing ditahan edar dadah

Utusan Sarawak 2 months ago
DIRAMPAS… Antara barangan yang dirampas daripada suspek.

MIRI: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing yang dipercayai terlibat pengedaran dadah hasil serbuan di kawasan perumahan di Tudan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek seorang lelaki warganegara tempatan dan seorang warganegara asing masing-masing berumur 28 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

“Hasil pemeriksaan dan serbuan, pihak Polis telah menahan suspek serta merampas sejumlah dadah seberat 30.7 gram Methamphetamine.

“Jumlah rampasan bernilai RM3,375.00,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kedua-dua saspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, penjara tidak kurang lima tahun atau seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 kali sebatan.

Manakala, bagi kesalahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, denda tidak melebihi RM100,000 atau penajra tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Rampasan lebih RM500,000 tidak babit kes SPRM terhadap dua beradik di Sibu
Next: Warga emas ditemukan maut dengan kesan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.