Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SAR hari kelima warga emas hilang di hutan temui jalan buntu  
  • Tengah
  • WILAYAH

SAR hari kelima warga emas hilang di hutan temui jalan buntu  

Utusan Sarawak 2 months ago

ROBAN: Hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari Rumah Luang Empaong dengan berjalan kaki hendak ke Pasar Roban, Ahad lalu masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dijumpai sehingga hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa yang dikenali Kamoi Paun, 69, mempunyai masalah kesihatan iaitu merupakan seorang pesakit darah tinggi dan lemah jantung.

“Ops SAR hari kelima dijalankan selepas taklimat bersama agensi lain yang terlibat.

“Pasukan SAR dibentuk kepada dua kumpulan, dimana kumpulan pertama akan membuat pencarian di lokasi penemuan barang-barang mangsa (bekas ubatan dan gula-gula) jarak dari pusat kawalan bomba (PKB) lebih kurang 1.5 kilometer (km) menggunakan bot penduduk rumah panjang. 

“Kumpulan kedua akan membuat pencarian di sekitar laluan jalan ke Pasar Roban melalui jalan hutan dalam radius 1 km dari PKB,” katanya.

PGO berkata, bagaimanapun, pencarian mangsa itu terus buntu dengan tiada sebarang petunjuk bagi menemui mangsa walaupun dengan bantuan daripada beberapa agensi penyelamat dan penduduk kampung.

Semasa kejadian kata PGO, mangsa mengenakan baju hitam lengan pendek dan berseluar hitam pendek.

Dalam pada itu, SAR hari ini juga turut dibantu oleh dua ekor ‘anjing Daisy’ dari Unit K9 Bomba.

Pencarian hari kelima hari ini, seramai empat anggota bomba, seorang anggota polis, lima anggota Anglatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta dibantu seramai 14 penduduk rumah panjang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 2,258 murid B40, ahli Pandu Puteri dari 29 sekolah terima bantuan
Next: Pusat Khidmat Tanjong Batu sampaikan sumbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.