Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RECODA perkasa usahawan B40 melalui program IPR-INTAN di Tanjung Manis
  • Tengah
  • WILAYAH

RECODA perkasa usahawan B40 melalui program IPR-INTAN di Tanjung Manis

Utusan Sarawak 2 months ago

TANJUNG MANIS: Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Wilayah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (RECODA) bersama PUSAKA Food Industry telah mengadakan sesi libat urus bersama peserta Program Inkubator Profesional (IPR-INTAN) di IKS bagi mewujudkan peluang pendapatan mampan kepada komuniti B40.

Inisiatif ini menekankan pemerkasaan usahawan baharu dengan menyediakan sokongan, latihan kemahiran serta akses pasaran bagi membantu mereka berkembang dalam industri makanan. 

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta, malah turut menyediakan bantuan kewangan dan pembangunan perniagaan sebagai langkah memperkukuh daya saing mereka di pasaran.

Menurut kenyataan RECODA hari ini, program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk meningkatkan keusahawanan dan pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Kami komited untuk memperkukuh daya tahan ekonomi serta memperluaskan peluang kepada komuniti B40 melalui pelbagai inisiatif pembangunan.

“Program seperti ini bukan sahaja membantu usahawan baharu membina asas perniagaan yang kukuh, malah membuka ruang kepada mereka untuk berkembang dalam industri makanan yang semakin berkembang pesat,” katanya. 

Sebagai langkah lanjut dalam memperkukuh inisiatif ini, pihak RECODA turut melawat Projek Nanas Komuniti Tanjung Manis bagi menilai lokasi serta meneroka potensinya dalam menyokong usahawan tempatan.

Melalui program IPR-INTAN, RECODA terus berperanan dalam memperkasakan usahawan tempatan, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan di Sarawak.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba periksa tiga premis swasta
Next: Kos pembinaan Fasa 2 Kompleks Sukan Debak bernilai RM14 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.