Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital, menurut setiausaha akhbarnya Azran Fitri Abdul Rahim.

“Keadaan beliau (Ismail Sabri) okey cuma tekanan darah turun naik. Jadi, beliau memerlukan pemantauan rapi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azran Fitri berkata pihak hospital tidak membenarkan Ismail Sabri menerima pelawat kecuali ahli keluarga buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih.

Ahli Parlimen Bera itu dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi semalam.

Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.– BERNAMA

Internet berpagar diperluas ke premis awam, IPTS

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor merancang memperluas perkhidmatan ‘Internet berpagar’ ke premis awam