
RONDAAN PEMANTAUAN....Anggota bomba memeriksa keadaan paras air di tebingan sungai. Foto BBP Sarikei
SARIKEI: Rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) telah dijalankan oleh pihak bomba di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menjalankan rondaan pemantauan di tebingan Sungai Rajang dan Sungai Nyelong.
“Rondaan pemantauan dijalankan oleh lima orang anggota bomba bermula jam 9.26 malam.
“Trend air pasang sedang berlaku semasa pemantauan paras air,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambahnya, pemantauan pihaknya mendapati paras air di dua tebingan sungai tersebut dalam keadaan terkawal.
“Cuaca hujan semasa pemantauan dan tiada panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan.
“Rondaan pemantauan selesai sepenuhnya pada 10.05 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek