
KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak terus menunjukkan trend pemulihan apabila jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 2,464 orang setakat 12.00 tengah malam ini.
Penurunan itu mencatatkan pengurangan sebanyak 618 orang berbanding 3,082 yang direkodkan pada 8.00 malam tadi.
Bintulu merekodkan penurunan terbesar dengan jumlah mangsa kini berkurang kepada 1,099 orang, berbanding 1,175 sebelum ini.
Sibu turut menunjukkan sedikit penurunan dengan 423 mangsa masih berlindung di PPS, berbanding 429 pada laporan terdahulu.
Mukah juga mencatatkan pengurangan apabila jumlah mangsa menurun kepada 604 orang berbanding 607 sebelum ini.
Namun, Miri mencatatkan peningkatan dengan jumlah mangsa kini 338 orang, meningkat sebanyak 67 orang berbanding 271 pada jam 8.00 malam tadi.
Oleh Amanda L.