KOTA KINABALU, 15 November: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami (SAATNM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, esok.
MetMalaysia menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan bahawa pengujian itu dijadualkan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan supaya tidak panik apabila mendengar bunyi siren berkenaan kerana ia hanya ujian.
“MetMalaysia akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan,” menurut kenyataan itu. – Bernama




