
LAWAS: Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Temburong, Brunei berjaya menangkap dua ekor buaya besar setelah mendapat aduan daripada penduduk di kawasan berkenaan.
Berikutan cuaca hujan dan paras air yang naik telah menyebabkan reptila itu naik ke permukaan menghampiri kediaman penduduk di kawasan tepi sungai.
Menurut sumber Balai Bomba Daerah Temburong, dua haiwan itu akan diserah kepada pihak Jabatan Perhilitan Brunei untuk tindakan lanjut.
Daerah Temburong merupakan daerah jiran terletak di antara daerah Limbang dan Lawas di Sarawak.
Perjalanan darat antara kedua-dua daerah Limbang dan Lawas perlu melalui daerah Temburong di Brunei.
Oleh ADENG EDRUS