
LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Februari 2025.
Ketua Polis Daerah (KPD) Lawas DSP Liong Tindan, hadir bersama 12 Pegawai Kanan Polis, 51 Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis.
DSP Liong Tindan memulakan amanat dengan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga kerja IPD Lawas yang meraikan perayaan tersebut.
Ini diikuti dengan menyampaikan arahan daripada pucuk pimpinan agar semua formasi di seluruh Sarawak sentiasa bersiap siaga akan bencana banjir yang kini melanda sebahagian besar wilayah Sarawak.
Pada masa sama, DSP Liong mengucapkab syabas dan tahniah kepada warga kerja Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Lawas atas kejayaan melaksanakan program OP Selamat sempena Tahun Baru Cina dengan jayanya.
“Kita terus dan sentiasa berharap semua warga kerja IPD Lawas akan terus komited dan kompeten dalam melaksanakan tugas harian,” katanya mengakhiri perhimpunan, pagi tadi.