DALAT: Sebanyak 984 katon air minuman telah diagihkan kepada penduduk di Kampung Medong dan Kekan, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, khimat khas yang dijalan pada jam 10.30 pagi tadi, disertai oleh 12 pegawai dan anggota bomba RED Team Zon Sibu.
“Khidmat khas tersebut, turut menghantar tilam mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Perpaduan Dalat,” katanya menerusi kenyataan.
Selain itu, kata kenyataan itu lagi, pasukan bomba turut menghantar pesakit Orang Kelainan Upaya (OKU) ke Kampung Kekan Seberang.