![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/IMG_0300.jpeg)
Keadaan bumbung Gereja St. Joseph yang terjejas akibat insiden kebakaran berpunca daripada litar pintas. Kredit foto PGO Bomba Sarawak
KUCHING: Insiden kebakaran akibat litar pintas berlaku di Gereja St. Joseph, Jalan Tun Abang Haji Openg di sini malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan bahawa panggilan kecemasan berkaitan insiden tersebut diterima pada jam 9.34 malam.
“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan bahawa kebakaran berlaku pada wayar yang berada di atas bumbung gereja.
“Pasukan bomba segera bertindak menggunakan satu saluran bantu mula bagi mengawal api, dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Pihak bomba turut menjalankan pemeriksaan lanjut di dalam gereja sebelum menyerahkan lokasi kepada pihak kontraktor untuk tindakan seterusnya.
Oleh Amanda L.