MARUDI: Volunteer Rescue Team (VRT) Miri menyampaikan stesen janakuasa solar berjenama Jockery kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi.
Penyerahan sumbangan LC1010 Club Malaysia ini diserahkan oleh Nelson Wong Sze Sian daripada VRT kepada Ketua Balai dan Penyelamat Marudi, PPgB Jessbent Jenus di Engin Bay Balai, dan Penyelamat Marudi, kelmarin.
Stesen janakuasa solar tersebut bagi kegunaan operasi kebakaran, menyelamat dan bencana alam.
Sumbangan tersebut adalah sebagai tanda terima kasih atas jasa dan sumbangan anggota bomba yang sentiasa bersiap siaga ketika berlaku apa-apa insiden kecemasan terutama kebakaran, menyelamat dan bencana alam.
Turut hadir pada majlis penyerahan itu, Pegawai Operasi Bomba Marudi PBK 1, Nasir Razali dan pasukan bertugas.
Oleh Jiku Juguong