![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/4ff130fa-0ae6-4684-8f84-6fe3e9147265-1000x749.jpeg)
BELAGA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga melaksanakan misi penghantaran bantuan keperluan makanan ke Kampung Penan Long Kajang dan Long Tanyit yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh.
Operasi diketuai Komander Operasi, PB Villdeo Dumat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah Belaga.
![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/7ed62aa7-d033-4f4d-bf77-0aaa802935da-1000x749.jpeg)
![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/b7dfe682-ecd2-4133-b380-c558080c3187-1000x749.jpeg)
Perjalanan ke lokasi mengambil masa enam jam melalui laluan darat sebelum pasukan tiba di Long Tanyit pada 4.30 petang menyerahkan 30 kotak air mineral kepada ketua kampung.
Pasukan bermalam di Long Tanyit sebelum meneruskan perjalanan ke Long Kajang pada hari ini bagi menyerahkan pek makanan kering menggunakan bot, berikutan jalan darat ke lokasi terputus akibat tanah runtuh.
Operasi itu membuktikan kesungguhan agensi penyelamat dalam memastikan bantuan sampai kepada penduduk yang terjejas dengan cepat dan berkesan.