DHAKA: 23 orang maut manakala berpuluh-puluh dikatakan hilang pada Isnin lalu apabila sebuah feri karam di perairan ibu kota Dhaka selepas berlanggar dengan kapal lain, memetik pasukan penyelamat.
“Setakat ini, kita sudah menjumpai 23 mayat mangsa feri karam,” kata pasukan bomba kepada AFP.
“Kira-kira 50 lagi orang yang masih dalam feri tersebut…Pasukan penyelam kini masih dalam operasi pencarian dna pengesanan,” katanya lagi.
Feri Morning Bird tersebut dilanggar oleh feri yang lain pada ketika itu di Farashganj, iaitu beberapa meter dari perairan pelabuhan terbesar Sadarghat.
Beberapa orang saksi memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa feri tersebut membawa lebih 50 penumpang dengan kabin yang penuh sesak.
Kejadian nahas feri karam merupakan kejadian yang biasa berlaku di Bangladesh kerana kawalan keselamatan di negara tersebut lema. Tambahan pula, membawa lebihan muatan dan cuaca yang teruk. – AFP