TANJUNG MANIS: Seramai 249 orang peserta menyertai pertandingan Grand Prix (GP) Memancing Pantai Iftitah Belawai Siri 1/2025 hari ini.
Pertandingan tersebut merupakan anjuran Iftitah Restaurant & Resort Belawai.
Hadir bagi merasmikan majlis ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh.
Pertandingan bermula 9.11 pagi dan dijadualkan berakhir pada 2.11 petang, hari ini.
Juara GP Memancing Pantai Iftitah Belawai Siri 1 akan membawa pulang wang sejumlah RM10,000, naib juara RM3,000 dan tempat ketiga RM1,000.
Hadiah sagu hati di tempat keempat hingga ke-15, pula masing-masing akan membawa pulang wang berjumlah RM100.
Turut hadir pada majlis perasmian ialah Pengurus Iftitah Restaurant & Resort Belawai, Ibnee Ekni.
Video Earl Anek





