MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala mengadakan kunjungan ke tujuh rumah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) masyarakat Tiong Hua sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hari ini.
Antara kediaman ketua masyarakat yang dikunjungi ialah rumah Pemanca Wong Kiong Ching di Kampung Cina Marudi, dan Penghulu Tie King Un di Jalan Limbang Marudi.
Sementara itu, rumah ketua kaum yang dikunjungi ialah rumah Kapitan Alvin Chua Wee Xian di Jalan Limbang Marudi, dan Kapitan Tie Ching Ming di Kampung Pemindahan Marudi.
Beliau turut mengadakan kunjungan ke beberapa rumah ahli perniagaan.
Antaranya ialah rumah Hwong Yu Loong dan Lio Un Hieng di Kampung Cina, dan Wong Yu Hee di Kampung Pemindahan Marudi.
Katanya, Tahun Baharu Cina bukan sahaja disambut oleh masyarakat Cina malah seluruh rakyat berbilang kaum tidak kira bangsa, dan agama.
Beliau berharap dengan budaya kunjung-mengungjung dapat merapatkan lagi silaturahim antara satu dengan yang lain.
Oleh Jiku Juguong