KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 3,898 orang mangsa daripada 1,093 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS). setakat jam 11 malam ini. sebanyak 42 PPS telah dibuka melibatkan enam bahagian iaitu Bintulu; Serian; Samarahan; Kuching; Miri dan Sibu.
Bahagian Serian mencatatkan bilangan mangsa banjir paling ramai iaitu seramai 1,483 orang mangsa daripada 477 keluarga telah ditempatkan di 15 PPS.
Antaranya ialah PPS Dewan Balu Gambang Tebakang Bidayuh; PPS Dewan SK Tebakang; PPS Slabi Entukuh; PPS Balairaya Betong Kanowit; PPS SK Pengkalan Sorak; PPS Dewan Kpg Lintang Baru; PPS Dewan Masyarakat Serian; PPS SK Tanah Merah; Dewan Serbaguna Rimba Padi; Dewan Ranchan; Balai Raya Kampung Balai Ringin; Balai Raya Kampung Ensebang Jaya; Balai Raya Ensebang Padang Bilon; PPS Dewan Salcra Kedup 2 dan PPS Dewan Balu Jan Jun.
Bahagian Bintulu mencatatkan seramai 804 orang mangsa daripada 207 keluarga telah ditempatkan di enam PPS iaitu PPS Rumah Steven Jeli, Tatau; PPS Pusat Sukan BDA Kidurong; PPS Balai Raya Jepak; PPS SMK Tatau; PPS Stadium Muhibah dan PPS Balai Raya Sebauh, manakal PPS Dewan Suarah Bintulu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Bagi Bahagian Samarahan pula, mencatatkan 471 orang mangsa banjir daripada 165 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.
Antaranya ialah PPS Dewan Mesra Simunjan; PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan; PPS SK Endap Samarahan; PPS Balai Raya Kampung Nangka dan PPS Dewan Entingan.
Bagi Bahagian Kuching, seramai 286 mangsa daripada 73 keluarga telah ditempatkan di empat PPS iaitu PPS SJK (c) Chung Hua Batu Kawa;PPS Dewan Haji Kamaruddin; PPS Dewan Pangkalan Bau dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Kranji.
Bagi Bahagian Miri, seramai 217 orang mangsa daripada 59 keluarga telah ditempatkan di lima PPS iaitu PPS Pusat Bulan Sabit Merah; Kampung Pujut Tanjung Batu Miri; PPS Kampung Sukan Petronas; PPS SMK Suai dan PPS SK Agama Miri.
Dua PPS iaitu di PPS Masjid Darul Iman Kampung Tudan Fasa 2 dan PPS Balairaya Kampung Pujut Adong, jumlah mangsa sedang dikemas kini.
“Bahagian Sibu pula, seramai 461 mangsa daripada 72 keluarga telah ditempatkan di tiga PPS iaitu di PPS Dewan Penghulu Seribu Nanga Tada Kanowit; PPS SK Bukit Arip, Selangau dan PPS SJK (C) Tong Ah Selangau,” katanya.
Dalam pada itu, kejadian tanah runtuh di Miri, seramai 105 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke Pusat Bulan Sabit Merah Miri.
Bagi mangsa kebakaran di Sibu baru-baru ini, 61 orang mangsa daripada 71 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Datuk Aaron Bawan Kanowit.
Oleh ADI SAFARMAN