![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/01/5acb2b7a-d10a-4eaf-b718-5d9c27deb53b-1024x473.jpeg)
DIBUKA.....PPS di SK Bukit Arip telah dibuka hari ini.
SELANGAU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip tengah hari tadi.
Pegawai Daerah Selangau, Yalin Assan telah mengistiharkan pembukaan PPS di SK Bukit Arip pada jam 12.30 tengah hari.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Lt. (PA) Luke Douglas Dongum berkata, PPS SK Bukit Arip menempatkan seramai 47 Ketua Isi Rumah (KIR) dan seramai 275 mangsa, setakat jam 5.04 petang ini.
“Pecahan mangsa di pusat tersebut ialah lelaki dewasa 65 orang, wanita dewasa 79 orang, kanak-kanak lelaki 38 orang, kanak-kanak perempuan 51 orang, bayi lelaki tujuh orang, bayi perempuan tiga orang dan dua Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas lelaki 13 orang dan warga emas wanita 17 orang.
“Kawasan terjejas banjir ialah Rumah (Rh) Janting, Rh Jambai, Rh David dan Klinik Kesihatan Sungai Arip,” katanya menerusi kenyataan.
Dalam pada itu, PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tong Ah, Selangau telah dibuka pada 5.30 petang tadi.