Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
  • GLOBAL

Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan

Utusan Sarawak 4 months ago
API turut menjilat kediaman penduduk dalam kebakaran hutan di California. FotoAFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka melawat selatan California pada Jumaat untuk meninjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat, Gavin Newsom.

Menurut United Press International (UPI), Trump akan melawat selatan California serta mangsa Taufan Helene di Tennessee dan Nevada.

Newsom berkata beliau akan berada di Los Angeles untuk menyambut ketibaan Trump apabila pesawatnya mendarat pada petang Jumaat, walaupun pasukan presiden tidak menghubunginya untuk hadir di situ.

Parti Republikan telah mengkritik Newsom, seorang calon presiden yang berpotensi untuk pilihan raya 2028, berhubung kebakaran hutan itu.

Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson, seorang wakil Republikan dari Louisiana, mencadangkan supaya sebarang bantuan bencana persekutuan kepada negeri itu dikenakan syarat tertentu. – Bernama – UPI

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Empat maut berebut angpau di rumah hartawan
Next: Dua panda tampil di Zoo Negara Washington

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.