Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir di PPS Sarawak kekal 123 orang
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir di PPS Sarawak kekal 123 orang

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal 123 orang daripada 34 keluarga pagi ini, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di bahagian-bahagian Betong dan Bintulu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan setakat 8 pagi ini, PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong masih menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga yang terjejas akibat banjir di Rumah Tembawai Kapok, Awik.

Sementara itu, 33 mangsa daripada 13 keluarga dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput juga masih berlindung di PPS Rumah Steven di daerah Tatau, Bahagian Bintulu.

Pemantauan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menunjukkan paras air meningkat di 18 lokasi di daerah Selangau, Matu dan Sebauh. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pembangunan bandar di Malaysia perlu pertahan identiti negara – PM Anwar
Next: Elak terlibat kemalangan, pandu secara berhemah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.