Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 123 orang
  • SEMASA

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 123 orang

Utusan Sarawak 4 months ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 123 orang malam ini berbanding 100, pagi semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat 9.00 malam, semalam, terdapat dua PPS aktif iaitu di Saratok dan Tatau.

PPS Dewan Rumah Dayak di Saratok yang dibuka pada 19 Januari lepas menjadi tempat berlindung kepada 90 mangsa daripada 21 keluarga manakala PPS Rumah Steven di Tatau yang mula beroperasi semalam menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga.

JPBN Sarawak turut memaklumkan sebanyak 20 lokasi di seluruh negeri yang berisiko mengalami banjir turut dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PETRONAS Carigali  disokong JKM salur bantuan makanan kepada 80 keluarga  
Next: 45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.