Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PUSAKA, Unimas jalin kerjasama dalam penyelidikan industri buluh
  • SEMASA

PUSAKA, Unimas jalin kerjasama dalam penyelidikan industri buluh

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bagi melaksanakan penyelidikan industri buluh di negeri ini.

Penolong Pengurus Besar Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi PUSAKA Johari Zainudin berkata, kerjasama strategik dengan UNIMAS akan meningkatkan keyakinan pemegang taruh dalam mengadaptasi teknologi dan inovasi baharu.

“Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran buluh untuk menghasilkan produk bernilai tambah tinggi, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pengarah Pusat Penyelidikan, Inovasi dan Keusahawanan UNIMAS Prof Dr Awang Ahmad Sallehin Awang Husaini berkata, universiti itu akan memberi penekanan kepada penyelidikan yang holistik untuk memastikan kelestarian industri buluh.

“Kami (UNIMAS) akan fokus kepada dua aspek penyelidikan iaitu huluan dan hiliran kerana kedua-duanya penting untuk memastikan pembangunan industri ini dijalankan secara mampan dan berimpak tinggi,” katanya.

PUSAKA dalam kenyataan memaklumkan hasrat bekerjasama itu telah disampaikan oleh UNIMAS semasa mengadakan lawatan ke Plat Percubaan Buluh PUSAKA di Sabal, Simunjan baru-baru ini yang disertai 34 penyelidik dan pensyarah pelbagai fakulti. 

Lawatan ke plot percubaan itu memberi peluang kepada UNIMAS melihat sendiri bagaimana projek penanaman buluh PUSAKA dijalankan di samping mengenal pasti potensi penyelidikan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 73 pelajar UM terima sumbangan
Next: Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.