Dua suspek ditahan, polis rampas 60 laras senjata api tiruan

Facebook
WhatsApp

SIBU: Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan, manakala sebanyak 60 laras senjata api tiruan dirampas dalam serbuan di sebuah premis kedai menjual barangan mainan di Wisma Sanyan, Jalan Sanyan, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kedua-dua suspek, masing-masing berusia antara 29 hingga 45 tahun, merupakan pekerja dan pemilik premis berkenaan.

‘Tangkapan itu dibuat dalam serbuan dan pemeriksaan Op Laras pada 20 Januari lalu, lebih kurang jam 2.30 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dengn nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM35,000.

“Op Laras ini dijalankan serentak di seluruh negeri Sarawak susulan aduan serta maklumat mengenai aktiviti penjualan senjata api tiruan kepada orang awam,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis merampas 25 laras senjata api tiruan jenis pistol serta 35 laras senjata api tiruan jenis rifle dalam serbuan itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” katanya.

Zulkipli turut menasihatkan orang ramai bahawa memiliki, membeli, atau menjual apa-apa bentuk senjata api tiruan adalah satu kesalahan jenayah, walau atas apa alasan sekalipun.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penjualan senjata api tiruan ini diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut. Polis dan masyarakat berpisah tiada,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus