Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelaksanaan kerja kecemasan atasi masalah banjir
  • Utara
  • WILAYAH

Pelaksanaan kerja kecemasan atasi masalah banjir

Utusan Sarawak 4 months ago
PANTAU… Johnny Pang turun padang untuk memantau kerja-kerja pembaikan saliran di kawasan lampu isyarat Medan.

BINTULU: Pengguna jalan raya yang melalui kawasan lampu isyarat Medan dinasihatkan untuk memperlahan kenderaan dan berhati-hati, susulan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, kerja-kerja kecemasan itu dilaksanakan berikutan banjir teruk akibat hujan lebat berterusan dan sistem saliran tersumbat.

KERJA-kerja kecemasan sedang dijalankan untuk membaiki saliran yang tersumbat di kawasan Medan bagi mengelakkan banjir berulang.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor untuk mengambil tindakan segera.

“Pagi ini, saya turun padang untuk memantau keadaan dan memastikan langkah penyelesaian dilaksanakan dengan cepat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai langkah sementara, paip saliran sedang dipasang untuk menyalurkan air ke sistem perparitan di seberang jalan, bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan melancarkan aliran trafik.

Johnny Pang turut menegaskan, pengguna jalan raya perlu mematuhi arahan keselamatan dan memperlahan kenderaan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini sepanjang tempoh kerja pembaikan dijalankan.

“Keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan, dan kami akan memastikan kerja-kerja pembaikan ini selesai secepat mungkin,” ujarnya.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SPA buka pusat temu duga di Sibu
Next: RMC, hospital pertama miliki unit kardiologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.