MUKAH: Seramai 10 murid bersama dua guru pengiring serta 10 ibu bapa dari Tabika Kemas Rumah (RH) Muring Matu mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah semalam.
Lawatan yang berlangsung dari jam 2 hingga 3 petang itu bertujuan memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai keselamatan kebakaran.
Dalam program tersebut, anggota bomba bertugas menyampaikan ceramah keselamatan serta mengadakan demonstrasi penggunaan alat pemadam api.
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang langkah pencegahan kebakaran dan cara bertindak semasa kecemasan.
Tujuh pegawai BBP Mukah turut serta dalam menjayakan program ini, menunjukkan komitmen mereka terhadap pendidikan keselamatan di peringkat akar umbi.
Program ini mendapat sambutan positif daripada ibu bapa dan guru pengiring yang menyifatkan lawatan itu sebagai pengalaman bermakna untuk kanak-kanak.