Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 50 bakul makanan diagih menerusi program CSR Bintulu Port Prihatin
  • Tengah
  • WILAYAH

50 bakul makanan diagih menerusi program CSR Bintulu Port Prihatin

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Sebanyak 50 bakul makanan disumbangkan oleh Yayasan Bintulu Port sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 melalui program tahunan Bintulu Port Prihatin.

Menurut satu kenyataan, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

Penyerahan bakul makanan itu disempurnakan oleh Pengurus Besar Perhubungan Pihak Berkepentingan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Maslihah Tioh sambil disaksikan oleh Pengerusi Persatuan Penganut Tua Pek Kong Bintulu, Sim Yong Huat  di Tua Pek Kong Bintulu di sini, semalam.

Program seumpama itu bertujuan membantu masyarakat berbangsa Cina yang bakal menyambut perayaan tersebut, serta memberi kegembiraan kepada para penerima sumbangan.

“Bintulu Port berharap agar sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” ujar kenyataan itu.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak pelbagaikan inisiatif tingkatkan kualiti, pencapaian dalam pendidikan
Next: Lebih 900 ibu bapa, penjaga pelajar SMK Lawas tampil terima BPA hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.