Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau 3 lokasi berisiko banjir malam ini
  • WILAYAH

Bomba pantau 3 lokasi berisiko banjir malam ini

Utusan Sarawak 4 months ago

RONDAAN PEMANTAUAN....Rondaan pemantauan di tiga kawasan rendah berisiko banjir pada malam ini. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Tiga kawasan rendah berisiko banjir dipantau oleh pihak bomba, malam ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, kawasan pemantauan adalah di Jalan Alamanda, Jalan Bunga Raya dan Jalan Wharf. 

“Rondaan pemantauan di ketiga-tiga kawasan ini dijalankan pada jam 9.00 malam. 

“Tiga orang anggota bomba bertugas menjalankan rondaan pemantauan,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, trend air surut ketika pemantauan dijalankan oleh pihaknya. 

“Cuaca baik dan keadaan lalu lintas turut terkawal di ketiga-tiga kawasan ini. 

“Pihak bomba tiada menerima sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: SJKC Kiang Hin giat promosi pendidikan digital
Next: 38 calon SPM, enam guru, pengawas peperiksaan naik lori APM ke SMK Kwong Hua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.