Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peka dengan keadaan semasa
  • TEMPATAN

Peka dengan keadaan semasa

Utusan Sarawak 5 years ago
WASPADA…Penduduk Long Bemang diminta sentiasa berjaga-jaga dalam keadaan air yang semakin naik.

MARUDI : Seramai 600 penduduk dari 100 buah bilik empat buah blok di kampung Long Bemang terjejas akibat banjir yang melanda semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6, Miri, Law Poh Kiong dalam kenyataannya berkata, empat blok di kampung tersebut dilanda banjir ialah Haleluyah dengan paras air 2.6 kaki, blok Hosana ( 2.3 kaki ), Blok Maranata (2.1 kaki) dan blok Calvary ( 1.5 kaki).

Sehubungan itu, menurut laporan Persatuan Bomba Sukarela Long Bemang, air mula naik pada Rabu lepas sehingga semalam.

Semua penduduk kampung yang berada di rumah masing-masing sentiasa peka dengan keadaan semasa lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam pada itu, Bomba Sukarela sentiasa melakukan pemantauan keadaan banjir di kampung tersebut dari semasa ke semasa.

Continue Reading

Previous: Memandu ketika mabuk didenda RM3,000
Next: SFVA mohon longgar Akta Perikanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.