SIBU: Berikutan hujan sejak beberapa hari ini, kawasan di sekitar Terminal Penumpang Sibu dan Jalan Lanang telah dinaiki air, malam ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, hasil pemantauan yang dijalankan mendapati trend air adalah naik.
“Pihak kami akan menjalankan pemantauan semula selepas 2 jam,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Oleh TARANI LANTING