SARIKEI: Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah menjalankan rondaan pemantauan di tiga kawasan rendah berisiko banjir malam tadi.
Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik berkata, pemantauan dijalankan di tebingan Sungai Nyelong, Jalan Langsat dan Jalan Rambai.
“Rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) ini bermula jam 8.30 malam. Pemantauan dijalankan oleh dua orang anggota bomba.
“Keadaan di setiap kawasan rondaan mendapati trend air surut,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, keadaan lalu lintas di setiap kawasan tersebut juga terkawal.
“Selain itu, keadaan cuaca juga baik dan tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek