BINTANGOR: Rondaan pemantauan paras air di tebingan sungai Batang Rajang telah dijalankan oleh pihak bomba malam tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, pemantauan dijalankan pada jam 9.30 malam.
“Rondaan pemantauan dijalankan oleh dua orang anggota bomba.
“Pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir mendapati keadaan paras air dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, air sungai sedang pasang semasa pemantauan dijalankan oleh pihaknya.
“Pemantauan selesai sepenuhnya pada jam 9.50 malam.
“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima semasa pemantauan dijalankan,” katanya.