Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Guna peruntukan MRP dengan baik
  • Tengah
  • WILAYAH

Guna peruntukan MRP dengan baik

Utusan Sarawak 4 months ago
KEADAAN perpustakaan sekolah SK St. Mark selepas diperbaiki.

SELANGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang memuji usaha kreatif para pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Mark dalam memanfaatkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang diberikan dengan bijak.
Menurut Gira, peruntukan sebanyak RM8,000 itu digunakan untuk memperbaiki kemudahan sekolah, termasuk pembelian bahan-bahan seperti cat, plywood, jaring, kain, dan langsir bagi perpustakaan sekolah.

KEADAAN perpustakaan sekolah SK St. Mark sebelum diperbaiki.

“Hari ini saya menerima makluman daripada pihak sekolah SK St. Mark yang memberitahu bahawa mereka telah menggunakan peruntukan ini dengan baik.
“Ini adalah satu langkah yang bagus kerana banyak peruntukan yang diberi kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kadangkala tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, pihak sekolah turut mengucapkan terima kasih kepada Gira atas sumbangan tersebut dan berharap agar lebih banyak sumbangan dapat diberikan pada masa hadapan demi kemajuan pendidikan murid-murid di sekolah itu.
“Kami dapat melihat bahawa pelajar di sini mempunyai banyak potensi walaupun berada di kawasan luar bandar. Dengan memperbaiki persekitaran pembelajaran mereka, kami dapat membantu dalam merealisasikan impian mereka untuk masa depan yang lebih baik,” katanya.
Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Majlis Khatam al-Quran SK Kuala Matu meriah
Next: Dua jalan utama ke rumah panjang dinaiki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.