Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tidak ramai doktor kalangan anak Sarawak – Dr Sim
  • TEMPATAN

Tidak ramai doktor kalangan anak Sarawak – Dr Sim

Utusan Sarawak 6 months ago

Dr Sim pada majlis perasmian pejabat Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sarawak di The Podium Street Mall di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Sarawak kini mempunyai seramai 4,600 doktor yang berkhidmat di seluruh negeri, namun kebanyakan mereka bukan anak jati Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata daripada jumlah tersebut, 4,000 doktor bertugas di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) manakala 600 lagi berkhidmat di sektor swasta.

“Isu kekurangan doktor tempatan perlu diberi perhatian serius, terutama apabila majoriti doktor yang berkhidmat di negeri ini bukan berasal dari Sarawak.

“Walaupun jumlah doktor kecil, iaitu hanya 4,000 orang, majoritinya bukan anak Sarawak. Sebab itu kita mahu menangani isu ini,” katanya ketika merasmikan pejabat Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sarawak di The Podium Street Mall di sini hari ini.

Dr Sim berkata mahu agar usaha dipertingkatkan untuk melahirkan lebih ramai doktor tempatan bagi memastikan keperluan kesihatan rakyat Sarawak dapat dipenuhi dengan lebih baik pada masa hadapan.

“Doktor swasta ini bukan hanya di klinik tetapi juga di hospital swasta.

“Kita akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi supaya lebih ramai doktor tempatan bagi memastikan keperluan kesihatan rakyat Sarawak dipenuhi dengan lebih baik,” katanya.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: 2025 tahun Sarawak terus mengukuhkan kedudukan sebagai negeri maju, makmur, berdaya tahan
Next: Sarawak: 35,424 calon SPM mula duduki peperiksaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.