Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 100 ahli KRT Nanga Tada sertai program AADK Sibu  
  • Tengah
  • WILAYAH

100 ahli KRT Nanga Tada sertai program AADK Sibu  

Utusan Sarawak 5 months ago
SEKITAR program Kursus Pemantapan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Progresif Bahagian Sibu di Nanga Tada, baru-baru ini. 
Foto AADK Daerah Sibu

KANOWIT: Seramai 100 ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nanga Tada Kanowit menyertai program rondaan yang dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook AADK Daerah Sibu, rondaan tersebut dijalankan di sekitar kawasan rumah panjang selepas selesai sesi penerangan dan ceramah kepada komuniti.

“Program ini diyakini dapat mengukuhkan lagi hubungan rakan pintar antara AADK dan komuniti.

“Selain itu, ia juga bertujuan memastikan kawasan KRT Nanga Tada Kanowit bebas dan selamat daripada aktiviti tidak sihat,” kata kenyataan tersebut.

AADK turut menegaskan bahawa rondaan ini memberi keyakinan kepada masyarakat tentang kehadiran dan peranan AADK dalam membantu memelihara keselamatan komuniti.

Terdahulu, AADK Daerah Sibu dijemput oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sibu bersama Jawatankuasa KRT Nanga Tada Kanowit untuk menghadiri Kursus Pemantapan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Progresif Bahagian Sibu.

Program dimulakan dengan taklimat oleh Pegawai Perpaduan Kapit mengenai pengenalan serta peraturan dan undang-undang berkaitan dengan SRS.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit turut membentangkan situasi jenayah semasa, khususnya jenayah komersial dan penipuan dalam talian yang kian meningkat.

AADK juga mengambil peluang untuk memberi penerangan kepada penghuni rumah panjang mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang, sebagai usaha mendidik dan mencegah masalah ini dalam komuniti.

Turut hadir, Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sibu Jendri Mangku, Ketua BSJK IPD Kanowit, Insp. Uthman Affan Abdoll Kader, dan beberapa pegawai dari BSJK IPD Kanowit.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 16 prospek Penjara Pusat Sibu dalam pengujian bacaan Iqra, al-Quran
Next: Bomba selamatkan 10 pelajar terkandas akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.