Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba laksana SAR hari pertama jejak Mark Rumbu
  • Selatan
  • WILAYAH

Bomba laksana SAR hari pertama jejak Mark Rumbu

Utusan Sarawak 5 months ago

SERIAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Mark Rumbu, 57 tahun, dilaporkan hilang selepas keluar ke kebunnya di Kampung Rayang, kelmarin. 

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian ini pada 1.17 tengah hari tadi.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian segera digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan enam anggota dan tiba di lokasi pada 1.35 tengah hari.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dimulakan sekitar 2.30 petang hari ini dengan pasukan SAR berjalan sejauh 2 kilometer (KM) dari dewan Kampung Rayang ke lokasi yang dipercayai menjadi tempat terakhir mangsa dilihat.

“Menurut laporan polis, mangsa kali terakhir dilihat Selasa lalu (kelmarin) sekitar 2.30 petang ketika keluar dari rumahnya di Kampung Rayang, Batu 36, Jalan Kuching-Serian.

“Sejak itu, mangsa tidak kembali ke rumah sehingga ke hari ini, menyebabkan keluarganya bimbang dan meminta bantuan pihak berkuasa. 

“Penduduk kampung telah berusaha mencari mangsa di sekitar kawasan kampung dan kebun berhampiran sebaik menyedari kehilangannya.

“Namun, semua usaha tersebut tidak membuahkan hasil sehingga mereka menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya. 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 50 asnaf dapat sumbangan Krismas, 46 pelajar terima bantuan pendidikan di Lundu
Next: SAR warga emas hilang di Rumah Jack, disambung esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.